.: KALENDER :.


.: DETIK WAKTU :.
.: RUANGAN ISLAM :.

:: The Right Way to Pray ::
:: Free!! Download Athan(Azan) Software ::
:: Gregorian-Hijri Date Converter ::
:: Al-Quran :: Hadith :: Hajj :: Umrah ::
Search in Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.GuidedWays.com
Search Islamic Directory
Keyword:
.: INFO :.
BERITA
:: Utusan Malaysia ::
:: Berita Harian ::
:: Harian Metro ::
:: The Malay Mail ::
:: Bernama.Com ::
:: The Star ::
:: New Straits Time ::
:: The Sun Daily ::

RANGKAIAN TELEVISYEN
:: TV3 ::
:: ntv7 ::
:: 8tv ::
:: tv9 ::
:: RTM ::
:: Astro ::
.: JABATAN KERAJAAN :.
:: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ::
:: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ::
:: Jabatan Perangkaan (JP) ::
:: Badan Pencegah Rasuah (BPR) ::
:: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ::
:: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ::
:: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ::
:: Securities Commission ::
:: Bank Negara Malaysia (BNM) ::
:: Polis Diraja Malaysia (PDRM) ::
:: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ::
:: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ::
:: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) ::
:: Jabatan Alam Sekitar (JAS) ::
:: Jabatan Kerja Raya (JKR) ::
:: Kementerian Pertanian ::
:: Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (KTPK) ::
:: Kementerian Kesihatan ::
Majlis Amanah Rakyat (MARA) ::
:: Angkatan Tentera Malaysia ::
:: Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) ::
.: PORTAL UNIVERSITI :.
:: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) ::
:: UNIVERSITI MALAYA (UM) ::
:: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) ::
:: UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) ::
:: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) ::
:: UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) ::
:: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) ::
:: UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) ::
:: UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK (UNITAR) ::
:: UNIVERSITI MULTIMEDIA (MMU) ::
:: UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN) ::
:: UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) ::
:: UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP) ::
:: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) ::
:: UNIVERSITI KUALA LUMPUR (UNIKL) ::
:: INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA (IIUM) ::
:: UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (UTAR) ::
:: OPEN UNIVERSITY MALAYSIA (OUM) ::
:: LIMKOKWING UNIVERSITY ::
:: INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY (IMU) ::
:: UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) ::
:: UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) ::
:: KUALA LUMPUR INFRASTRUCTURE UNIVERSITY COLLEGE (KLIUC) ::
:: MANAGEMENT AND SCIENCE UNIVERSITY (MSU) ::
:: UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) ::
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Thursday, May 15, 2008
ANWAR DAN DUNIA
Setelah sekian lama hidup dibelenggu tahanan daripada melibatkan diri dalam arena politik tanah air secara aktif setelah beliau dibebaskan dari penjara, Anwar Ibrahim kini menghampiri saat pembebasan di mana beliau boleh kembali aktif dan memegang jawatan dalam arena politik Malaysia.

Satu program sempena pembebasan Anwar Ibrahim anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Isnin ini yang dinamakan ‘Black 14’ akan diadakan bagi meraikan penasihat PKR itu daripada sekatan undang-undang untuk memegang jawatan dan aktif dalam politik.

Ini merupakan satu kemerdekaan buat Anwar Ibrahim yang selama ini bercita-cita tinggi untuk menjadi pemimpin yang dikenali seluruh dunia walaupun demi merealisasikan cita-citanya itu, beliau terpaksa menggunakan apa jua cara miskipun ia kotor ataupun tidak mengikut undang-undang.

Sifat Anwar yang pandai berkata-kata juga memudahkan beliau mempengaruhi orang-orang tertentu agar senang terpedaya dan mengikut segala kehendak hati beliau.

Tidak mustahil Anwar akan kembali menggunakan negara ini untuk dijadikan batu loncatan kepada beliau bagi melunaskan nafsu tamak dalam dirinya.

Jika dulu Anwar Ibrahim memperlihatkan pembabitan dan keintiman dirinya dengan Paul Wolfowitz, seorang Yahudi yang anti dan merancang serangan terhadap orang Islam, apakah sebenarnya agenda politik yang cuba beliau rencanakan?

Pada 1989 hingga 1993, Paul Wolfowitz pernah bertugas sebagai Under-Secretary for Defence Policy kepada Dick Cheney semasa Perang Dingin. Bertanggungjawab merangka strategi pertahanan semasa Perang Teluk dan merangka bajet sejumlah 50 bilion dolar US untuk tentera bersekutu menyerang sebuah negara Islam (Iraq).

Berkhidmat sebagai Profesor Strategi Rahsia Kebangsaan di National War College pada 1993. Selepas kejadian 11 September 2001, Wolfowitz dengan tegas menggesa pentadbiran Bush untuk menjatuhkan Saddam Hussien melalu peperangan di Iraq dan Afghanistan.

Wolfowitz juga pernah menjadi Duta ke Indonesia pada 1986-1989 dan Assistant Secretary for East Asian and Pacific Affairs pada 1983-1986. Dengan jawatan ini, Wolfowitz telah berjaya merencana kejatuhan sektor perbankan Indonesia.

Seterusnya telah meruntuhkan ekonomi Indonesia. Selepas Perang Vietnam, Robert McNamara (Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) telah menjadi agen Amerika di Bank Dunia pada 1968 hingga 1981 dengan sokongan Lyndon Johnson (Presiden Amerika Syarikat ketika itu).

Amerika Syarikat menguasai Bank Dunia bertujuan untuk meluaskan pengaruh dan menunjukan kuasa kepada dunia.Wolfowitz adalah pengantara antara Anwar dengan pemimpin Amerika Syarikat yang lain seperti Elliots Abrams (Penasihat Presiden Bush & Pengarah National Security Council), Sir William Cohen (bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat), Jeneral John Abizaid (Komander Pusat Amerika Syarikat), William Burns (Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat) dan Joseph E. Robert Jr (Pengerusi J.E. Robert Companies, pengurus dana terkenal Amerika Syarikat).

Anwar bertemu dengan ramai strategis pertahanan Amerika Syarikat dan pengurus dana terkenal Amerika. Untuk tujuan apa Anwar bertemu dengan kelompok sasaran ini? Apa agenda Anwar intim dengan seorang Yahudi yang anti dan merancang serangan terhadap orang Islam?

Adakah Anwar Ibrahim akan cuba teruskan usahasama tergendala beliau itu? Adakah dengan pembebasan ini, beliau akan menjadi seorang pemimpin yang telus jika diberi kepercayaan oleh rakyat terhadap beliau untuk menjadi pemimpin?

Atau sepertimana biasa, agenda makan sendiri secara peribadi miskipun terpaksa mengorbankan orang lain tetap akan dilakukan asalkan dirinya dan keluarganya kaya dan berkuasa…
posted by Jentayu Titara @ 7:29 PM   0 comments
PAKATAN MEMPERGUNAKAN RAKYAT
Menyedari diri tiada kekuatan, goyah dan mampu jatuh pada bila-bila masa sahaja, ketiga-tiga parti pembangkang iaitu PKR, DAP dan Pas terpaksa membentuk satu gabungan agar sokongan pecahan setiap parti dapat disatukan dan dikukuhkan.

Walaupun hakikat bahawa ketiga-tiga parti membawa ideologi yang berbeza dan sebelum ini pernah juga saling membunuh, namun keinginan untuk berkuasa memaksa mereka memejam sebelah mata untuk menerima ‘sahabat’ baru.

Walau apapun perkataan baru yang mereka wujudkan demi menggambarkan ‘kebaikan’ dan kerjasama antara mereka, ia tidak mampu membutakan deria golongan yang tahu berfikir serta mementingkan kehidupan yang harmoni dalam negara sendiri dan membiarkan diri mereka dipergunakan sesuka hati oleh politikus hipokrit.

Daripada nama Barisan Alternatif, bertukar kepada parti gabungan pula untuk membentuk kerajaan campuran, kini perkataan “Pakatan Rakyat” pula mengambil tempat bagi menggambarkan ‘bersatu’nya ketiga-tiga parti terbabit. Kekuatan mereka kini tidak boleh diandaikan dengan keteguhan mereka bersatu.

Mengatakan kedudukan mereka kini sudah kukuh dan sokongan rakyat juga semakin bertambah, tidak sepatutnya mereka masih sangsi dengan nama parti yang menyatukan mereka itu. Sekejap nama itu, sekejap lain pula. Seolah-olah pendirian mereka masih goyah sepertimana sebelum gabungan atau campuran atau pakatan ini termetri.

Intipati dalaman parti yang mengandungi dua komponen bangsa terbesar iaitu DAP yang hampir keseluruhan berbangsa Cina dan Pas pula Melayu, menyukarkan parti terbabit bergabung kerana masing-masing keras kepala dan ternyata dalam diam hanya pentingkan bangsa sendiri sahaja.

Maka timbullah isu yang sehingga kini kedengaran tidak dapat diselesaikan di Perak yang mana kerajaan negeri terbabit diterajui oleh kerajaan campuran ini. Perebutan kuasa mengsahihkan ada pihak yang berkeras memboloti kuasa dan ada pula pihak yang tidak berpuas hati.

Namun, yang turut menjadi tanda tanya, walau apapun nama parti yang dipersetujui oleh pakatan gabungan itu, yang pasti mereka tiada peneraju utama dan siapakah yang layak antara kesemua pemimpin parti-parti tersebut untuk menjadi peneraju utama?

Atau sememangnya akibat berlainan ideologi, tiada persefahaman yang wujud dan selama ini, kerjasama yang digembar-gemburkan cuma lakonan agar konspirasi dalaman mereka tidak diketahuii umum?

Apa yang jelas, rakyat yang menyokong parti hipokrit ini amat malang kerana mereka tidak menyedari diri mereka sememangnya dipergunakan oleh parti yang tidak mempunyai asas perjuangan yang kukuh dan positif. Sokongan berkobar-kobar mereka terhadap parti tersebut diibaratkan mencurahkan air ke daun keladi.

Yang mendapat kredit dan nama hanyalah pemimpin-pemimpin parti gabungan dan rakyat sehingga kini hanya mampu melopong menanti bilakah segala janji manis dan kebajikan yang di war-warkan sebelum ini dilaksanakan.

Mampukah parti pakatan rakyat ini membela nasib rakyat tanpa membezakan bangsa dan agama waima menyatukan keseluruhan fahaman yang wujud dalam negara ini agar menjadi satu seteguh pakatan yang dibina?
posted by Jentayu Titara @ 7:26 PM   0 comments
Monday, November 26, 2007
SENARAI 40 ORANG TERKAYA DI MALAYSIA


Majalah Forbes Asia yang terbaru ini telah mengeluarkan senarai 40 ahli perniagaan terkaya di Malaysia yang secara keseluruhannya dinilai USD 26 billion. Apa yang menariknya 9 orang yang teratas memiliki 82% daripada jumlah ini dan 12 yang terbawah pula hanya bernilai kurang daripada USD 100 juta setiap seorang.Berikut adalah senarai 40 orang terkaya di Malaysia;

Robert Kuok
USD 5.6 billion83 tahun, berkahwin, 8 orang anak.Kuok Group, Pacific Carriers Ltd, Transmile Group

Ananda Krishnan
USD 4.6 billion68 tahun, bercerai, 3 orang anak.Maxis Comminications, Aircel Ltd, Powertek Berhad.

Teh Hong Piow
USD 2.1 billion76 tahun, berkahwin, 4 orang anak.Public Bank.

Lee Shin Cheng
USD 2.05 billion67 tahun, berkahwin, 6 orang anak.IOI
Quek Leng Chan
USD 2 billion65 tahun, berkahwin, 3 orang anak.Hong Leong Group, Guoco Group.

Lim Goh Tong
USD 1.5 billion88 tahun, berkahwin, 6 orang anak.Genting Groups.

Yeoh Tiong Lay
USD 1.1 billion76 tahun, berkahwin, 7 orang anak.YTL Corporation.

Tiong Hiew King
USD 1.05 billion70 tahun, berkahwin, 3 orang anak.Rimbunan Hijau Group, Ming Pao Enterprises.

Syed Mokhtar AlBukhary
USD 1 billion54 tahun, berkahwin, 5 orang anak.Malaysia Mining Corporation(MMC).

Lim Kok Thay
USD 440 juta54 tahun, berkahwin. Anak Lim Goh Tong (no.6)Genting Group, Star Cruises.

Azman Hashim
USD 405 juta66 tahun, berkahwin, 5 orang anak.AM Group, Ambank.

Vincent Tan
USD 355 juta54 tahun, berkahwin.Berjaya Group.

Kua Sian Kooi
USD 285 juta54 tahun.Kurnia Asia.

Lim Wee Chai
USD 210 juta48 tahun, berkahwin, 2 orang anak.Top Glove.

Anthony Fernandes
USD 205 juta42 tahun, berkahwin.AirAsia.

Vinod Sekhar
USD 200 juta37 tahun, berkahwin, 2 orang anak.Petra Group.

G. Gnanalingam
USD 170 juta.62 tahun, berkahwin, 3 orang anak.Westports (rakan kongsi Ahmadayuddin no.24)

Kamarudin Meranun
USD 165 juta45 tahun, berkahwin.Executive Director (Corporate Finance) AirAsia.

Chong Chook Yew
USD 145 juta.84 tahun, janda (balu kepada Wen Tien Kuang), 4 orang anak.Selangor Properties

Hamdan Mohamad
USD 140 juta.50 tahun.Ranhill Group.

Jeffrey Cheah
USD 125 juta.Sunway Group.

Mustapha Kamal Abu Bakar
USD 120 juta.57 tahun.MK Land.

Abdul Hamid Sepawi
USD 120 juta.56 tahun.Ta Ann, Naim Cendera
Ahmadayuddin Ahmad
USD 115 juta.50 tahun, berkahwin, 4 orang anak.Westports (rakan kongsi G Gnanalingam no.17)

Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir
USD 110 juta.59 tahun.Killinghall, bekas pengerusi dan pemegang saham terbesar Southern Bank.

Lee Hau Hian
USD 100 juta53 tahun.

Lee Oi Hian
USD 100 juta55 tahun, berkahwin, 4 orang anak.

Lee Soon Hian
USD 100 juta49 tahun.Batu Kawan, Kuala Lumpur Kepong, Crabtree & Evelyn.

Tiah Thee Kian
USD 95 juta.58 tahun, berkahwin.TA Enterprise

Tan Teong Hean
USD 95 juta.63 tahun, berkahwin, 3 orang anak.Bekas Ketua Pengarah Executive Southern Bank.

Lim Thian Kiat
USD 95 juta.47 tahun.Bekas Pengerusi Multi Purpose Holdings.

Taw Teck Seng
USD 90 juta.68 tahun.Samling Group, Lingui Development, Glenealy Plantations.

Lim Tong Yong
USD 85 juta.56 tahun.Bekas Ketua Executive Pantai Group.

John Chia
USD 80 juta.57 tahun.Unisem

Rozali Ismail
USD 80 juta.50 tahun.Puncak Niaga.

Ong Leong Huat
USD 75 juta.62 tahun.OSK Group.

Lau Cho Kun
USD 75 juta.Malaysian Mosaics.

William Cheng
USD 70 juta.63 tahun.Lion Group

Shaari Ismail
USD 70 juta51 tahun.Pemegang saham Puncak Niaga, abang Rozali Ismail (no.35).
Kasi K.L. Palaniapan
USD 65 juta48 tahun.MK Land (rakan kongsi Mustapha Kamal no.22)
posted by Jentayu Titara @ 8:32 PM   0 comments
Thursday, November 22, 2007
Putera kaya berhati mulia



Oleh Ziauddin Sharuddin

JUTAWAN Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal, menarik tumpuan dunia apabila muncul sebagai pembeli persendirian pertama superjumbo A380, pesawat penumpang terbesar dunia.

Sebagai orang Arab terkaya dan ke-13 di dunia dengan kekayaan dianggarkan kira-kira AS$20.3 bilion (RM71 bilion) membeli kapal terbang versi VIP A380 yang sekurang-kurangnya berharga AS$300 juta (RM1.02 bilion) tidak menjadi masalah besar kepadanya.

Alwaleed memulakan perniagaannya pada 1979 selepas menamatkan pengajian pentadbiran perniagaan di Kolej Menlo, California, Amerika Syarikat.

Walaupun dari keluarga diraja Arab Saudi yang kaya, beliau terpaksa meminjam AS$30,000 (RM100,572) daripada ayahnya dan menggadai rumahnya bernilai AS$300,000 (RM1.05 juta) sebagai modal memulakan perniagaan. Antara tindakan awalnya ialah melabur dalam industri perbankan di Arab Saudi pada 1980-an yang ketika berada di bawah nilai sebenar.

Bagaimanapun, tindakan yang mendapat perhatian masyarakat perniagaan antarabangsa ialah apabila membeli sejumlah besar saham Citicorp pada 1990-an yang ketika itu menghadapi masalah kewangan dengan pelaburan permulaan kira-kira AS$550 juta (RM1.8 bilion).
PUTERA Alwaleed turun dari pesawat VIP A380 yang dimilikinya.

Ini diikuti pelaburan besar dalam deretan syarikat terkemuka dunia, terutama yang berkaitan teknologi dan media seperti AOL, Apple Inc., Worldcom, Motorola dan News Corporation Ltd.

Dalam bidang hartanah, putera Arab Saudi ini membeli saham dalam rangkaian hotel terkemuka seperti Four Seasons Hotel dan Plaza Hotel di New York, tetapi sebahagian pegangan itu dijual pada 2004. Beliau juga membuat pelaburan dalam Hotel Savoy London dan Hotel Monte Carlo Grand Monaco dan kini mempunyai 17 peratus saham dalam Euro Disney SCA, yang menguruskan Disneyland Resort Paris.

Tahun ini, Alwaleed dipercaya mengadakan perbincangan dengan pengasas Planet Hollywood, Robert Earl, untuk menguasai kelab Liga Perdana Inggeris, Everton.

Selain kekayaan dan kejayaan dunia perniagaannya, beliau terkenal dengan aktiviti kebajikannya apabila menderma kira-kira AS$100 juta (RM335 juta) setahun, terutama di Timur Tengah, Asia dan Afrika. Selain itu, antara minatnya ialah dalam bidang akademik, terutama untuk menjalin hubungan erat antara masyarakat Islam dan Barat. Pada 2005, beliau menderma kepada Universiti Harvard dan Georgetown dengan setiap universiti menerima AS$20 juta (RM67 juta).

Sebagai penghormatan, Universiti Georgetown menubuhkan Pusat Kefahaman Islam-Kristian Putera Alwaleed. Tahun lalu, Universiti Cornell menerima AS10 juta (RM33.5 juta) untuk menubuhkan Institut PerubatanBio Berkomputer.

Apabila Kashmir dilanda gempa bumi pada 2005, Alwaleed tidak teragak-agak menderma AS$5.3 (RM17.7 juta) juta dalam bentuk makanan dan wang tunai bagi membantu mangsa dan kerja kerja pemulihan di kawasan terjejas. Bagaimanapun, ada derma yang ditolak. Berikutan kejadian 11 September 2001, Alwaleed menawarkan AS$10 juta (33.5 juta), tetapi ditolak oleh Datuk Bandar New York, Rudy Guliani, berikutan kenyataannya bahawa serangan itu menandakan Amerika Syarikat perlu mengkaji semula dasar negara itu di Timur Tengah dan bersikap lebih adil terhadap rakyat Palestin.

Suatu perkara menarik mengenai Alwaleed ialah minatnya terhadap kenderaan seperti kapal terbang dan kapal layar mewah. Antara koleksinya ialah Kingdom 5KR, sebuah kapal layar yang asalnya adalah milik jutawan Arab Saudi, Adnan Khashoggi bernama Nabila. Kapal layar ini kemudian dibeli jutawan hartanah, Donald Trump dan Alwaleed memilikinya apabila Trump muflis.

Pemilikan terbarunya, VIP A380 tidak menghairankan kerana sebelum ini, dia sudah memiliki Boeing 747-400 sebagai pesawat peribadi. Oleh itu jangan terkejut pada masa depan, Alwaleed mungkin sekali lagi mencatat sejarah sebagai antara pemilik pertama apabila ada syarikat pembuat kapal terbang mengeluarkan model lebih besar dan hebat.

FAKTA Putera Alwaleed bin Talal

· Dilahirkan pada 7 Mac 1955.

· Bapanya, Putera Talal adalah anak kepada pengasas Arab Saudi, Raja Abdul Aziz Al Saud, manakala ibunya ialah Puteri Mona El-Solh, anak perempuan kepada Perdana Menteri pertama dalam sejarah moden Lebanon, Riad El-Solh,

· Mendapat pendidikan tinggi dalam bidang pentadbiran perniagaan di Kolej Menlo, California pada 1979 dan sarjana sains sosial dari Universiti Syracuse, Amerika Syarikat pada 1985.

· Memulakan perniagaan dengan meminjam RM100,572 daripada ayahnya dan RM1.05 juta dengan menggadai rumahnya.

· Bijak dalam perniagaan dengan tumpuan dalam bidang hartanah, media dan teknologi. Nilai kekayaan dianggarkan RM71 bilion.

· Pernah berura-ura untuk mengambil alih kelab Liga Perdana Inggeris, Everton.

· Pemurah kerana suka menderma, terutama kepada universiti serta meminati kapal layar mewah dan kapal terbang.
posted by Jentayu Titara @ 1:40 AM   0 comments
Thursday, November 15, 2007
MALAYSIA NEGARA ISLAM


Apakah yang cuba dimaksudkan oleh Presiden Pas, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, apabila beliau dikatakan tidak terkejut dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak, menjelaskan bahawa Malaysia adalah Negara Islam?

Tidakkah beliau sedar yang selama ini Malaysia memang sebuah negara Islam?

Seharusnya kita bersyukur kerana kita berada dan mendiami sebuah negara yang aman dan makmur menerusi kepimpinan yang baik dan berwibawa. Malaysia juga sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Jika diamati, rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Perlembagaan Malaysia yang menjadi kebanggaan rakyatnya merupakan “kontrak sosial” yang istimewa serta unik. Ia terbina atas asas kerelaan dan kesediaan memberi serta menerima yang bermatlamatkan hidup bersama dalam suasana rukun damai dan bahagia.

Namun, suasana aman dan makmur ini seringkali diancam dengan sikap-sikap insan yang tidak bertanggungjawab sehinggakan sanggup memutarbelitkan ajaran Islam semata-mata demi kepentingan politik mereka.
Golongan seperti inilah yang mengelirukan dan mempengaruhi sejumlah kecil kalangan rakyat terutamnya yang fanatik. Sanggup mereka mengkafirkan orang Islam yang tidak sama kefahaman politik dengan mereka.

Kononnya orang Islam yang menganggotai parti politik UMNO sebagai kafir dan kerajaan yang dipimpin oleh UMNO mengekalkan perlembagaan penjajah, peraturan kafir dan peraturan Jahiliyah yang mesti ditentang dan jika mati ianya mati syahid.

Apakah sebenarnya mentaliti ‘mereka’ ini? Adakah mereka rasakan mereka penggubal hukum dan hanya mereka yang betul? Istilah ‘Negara Islam’ tidak tercatat secara langsung dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Perbahasan mengenainya hanya dibuat berpandukan ijtihad para ulama mujtahidin.

Negara-negara di dunia ini mengikut penilaian Hukum Fiqh terbahagi kepada tiga kategori iaitu :

1. Negara Islam
2. Negara kafir yang berperang dengan Islam
3. Negara kafir yang tidak memerangi Islam

Hal ini diperjelaskan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Hj. Mohamad Shahir Hj. Abdullah pada 7 Mac 2002 lalu dalam petikan perjelasan ringkas beliau mengenai Malaysia Negara Islam.

Pernyataan Malaysia sebuah Negara Islam bukanlah satu slogan kosong dan bukan juga satu drama yang diada-adakan. Terimalah ia sebagai satu hakikat dan sememangnya ia tidak patut dipertikaikan lagi kerana terdapat peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama Persekutuan.

Ia satu penjelasan bukannya satu pengisytiharan yang baru-baru diadakan. Ini kerana taraf Malaysia sebagai sebuah Negara Islam melalui peruntukan ini, tidak diadakan oleh penjajah, tetapi diusahakan oleh pejuang dan pemimpin negara seiring perjuangan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 lagi.

Namun demikian masih terdapat di kalangan rakyat Malaysia yang tidak mengiktiraf Malaysia Negara Islam, sehingga isu penubuhan negara Islam di Malaysia menjadi begitu hangat dan sensitif.

Ada pihak yang kononnya berjuang mahu menjadikan Malaysia sebuah negara Islam (kerana bagi mereka Malaysia sekarang sebuah negara sekular dan bukan negara Islam) dan ada pihak yang lain pula terus mempertahankan Malaysia sebagai negara sekular. Hal ini terjadi disebabkan perbezaan dalam memahami Perlembagaan Malaysia yang ada.

Sesungguhnya Malaysia sebuah Negara Islam. Bukti boleh dirujuk kepada perkara-perkara berikut :

Peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia:

Perlembagaan Malaysia jelas memberikan kedudukan yang istimewa kepada Islam. Ini dapat dilihat seperti berikut:

i. “ Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dimana-mana bahagian Persekutuan.” Perkara 3(1) dalam perlembagaan ini telah dihuraikan oleh beberapa tokoh undang-undang di Malaysia. Ada yang berpendapat peruntukan itu sekadar menjelaskan bahawa upacara rasmi negara bolehlah dijalankan mengikut Islam. Namun demikian Almarhum Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim telah menegaskan bahawa dengan adanya peruntukan “Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan”, maka Malaysia boleh memperkenalkan dirinya sebagai negara Islam.


ii. Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu adalah ketua agama Islam.

iii. Urusan pentadbiran Islam menjadi tanggunjawab Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.


Pandangan Ulama Mu’tabar:

i. Memahami dan mengetahui pandangan beberapa ulama mengenai konsep negara Islam sangat penting, kerana kekeliruan dan keengganan untuk mengakui Malaysia Negara Islam adalah berpunca dari keengganan menerima pandangan-pandangan ini. Sebenarnya konsep “Negara Islam” tidak terdapat di dalam nas yang jelas dari Al-Quran dan Al-Sunnah.

ii. Konsep negara Islam hanya dibincangkan oleh ulama-ulama terkemudian. Jadi ia termasuk dalam perkara-perkara “ijtihadiyyah” iaitu hasil kefahaman ulama yang berkenaan mengenainya.

iii. Ada berbagai difinisi yang diberikan oleh ulama mengenai negara Islam ini antaranya:
- Muhammad bin Hasan as-Syaibani menyatakan :
“Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya.”

- Muhammad Abu Zuhrah menjelaskan:

“Negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahanannya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim.”
- Menurut Dr. Mohammad Sa’id Ramadhan al-Butiy ketika membuat kesimpulan mengenai berbagai definisi negara Islam beliau menjelaskan bahawa “pelaksanaan hukum-hukum syariah Islamiyyah bukanlah menjadi syarat untuk mengiktiraf sesebuah negara itu sebagai negara Islam.”

iv. Ini bermakna anggapan oleh pihak-pihak tertentu yang mengatakan bahawa pelaksanaan hukum hudud menjadi syarat bagi mengiktiraf sesebuah negara sebagai negara Islam adalah tidak tepat dan bercanggah dengan pegangan umum ulama mu’tabar.

v. Dengan mengambil kira kepelbagaian difinisi tersebut dan keadaan yang wujud di Malaysia, maka konsep negara Islam dapatlah disimpulkan sebagai berikut:
“Negara Islam itu ialah negara yang dipimpin oleh orang Islam, dan orang Islam boleh melaksanakan tanggungjawab agamanya dengan aman, termasuklah memberi kebebasan kepada orang bukan Islam mengamalkan agama masing-masing. Dan setiap rakyat wajib mempertahankannya.”

vi. Berdasarkan penjelasan yang diberikan nyatalah bahawa Malaysia Negara Islam kerana ciri-ciri utama yang ditetapkan oleh ulama wujud dan terlaksana di Malaysia.

Pengiktirafan dunia:

i. Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah negara Islam dan telah menganggotai O.I.C sejak mula lagi.

ii. Pengiktirafan Malaysia Negara Islam contoh diberikan oleh negara Islam dan bukan Islam diseluruh dunia.

Pelaksanaan Pentadbiran Negara:

i. Asas pentadbiran Malaysia hari ini selaras dengan ajaran Islam. Sebagai contoh, dalam bidang perundangan berbagai usaha telah dijalankan untuk menyelaraskan antara undang-undang sivil dan syarak. Dalam bidang mu’amalat dan ekonomi terdapat sistem baru yang selaras dengan ajaran Islam telah dilaksanakan seperti Sistem Perbankan Islam, Takaful, Al Rahn dan sebagainya.

ii. Selain dari itu dalam bidang pendidikan juga tidak ketinggalan disepadukan antara tuntutan ilmu fardhu ‘ain dan fardhu kifayah. Malah asas pembentukan syahsiah pegawai dan kakitangan kerajaan adalah dari nilai-nilai murni Islam.

iii. Kesungguhan kerajaan menghayati ajaran Islam dapat dilihat dalam usaha-usahanya membebaskan umat Islam dari belenggu khurafat, tahayul dan ajaran sesat, dengan sentiasa memberikan penjelasan dan penerangan menerusi berbagai media. Di samping itu kerajaan juga sentiasa mengambil berat mempastikan makanan dan barang gunaan umat Islam di negara ini halal dan suci. Malah Malaysia merupakan negara Islam terulung dan terkemuka dalam menjaga aqidah, syariah dan akhlak umat Islam di dunia hari ini.

iv. Antara bukti lain yang paling jelas menunjukkan Malaysia Negara Islam ialah penubuhan berbagai institusi yang berkaitan dengan pentadbiran Islam khususnya penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Mufti.


Muzakarah Fatwa:

i. Setelah mengambil kira berbagai pandangan, hujah dan keadaan yang wujud di Malaysia, serta akibat buruk dari penolakan Malaysia sebagai negara Islam, maka Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 3-4 Februari 1986 telah mengambil keputusan bahawa Malaysia Adalah Sebuah Negara Islam.

ii. Kenyataan ini dengan jelas menolak anggapan kononnya Malaysia negara sekular kerana ciri-ciri sekularisma yang bermatalamatkan keduniaan semata sebagaimana yang difahami tidak wujud dalam falsafah dan pengurusan pentadbiran negara serta pegangan hidup rakyat Malaysia yang beragama Islam.


Jaminan untuk Rakyat Bukan Islam:

11. Kenyataan Malaysia Negara Islam sedikit sebanyak telah menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat yang bukan Islam, terutama bila terdapat beberapa pentafsiran salah yang cuba menakut-nakutkan mereka. Kekeliruan mengenainya sepatutnya tidak timbul kerana kepimpinan negara telah menjelaskan sifat Negara Islam Malaysia adalah berasaskan kehendak Islam yang sebenar dan tulin, yang tentunya berbeza dengan pendekatan yang dilaksanakan oleh setengah-setengah negara Islam yang lain di dunia hari ini, yang sering memperlihatkan tindakan ganas dan tidak bertimbangrasa. Sesungguhnya prinsip-prinsip ajaran Islam seperti adil, bertimbangrasa menghormati kebebasan beragama menjadi amalan kerajaan sepanjang masa.

12. Kepimpinan Malaysia hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan tetap mempertahankan perlembagaan yang sedia ada yang mengiktiraf kebebasan beragama disamping menjaga hak-hak rakyat dengan saksama. Kerajaan juga bertanggungjawab mempertahankan keselamatan negara dan menentang apa jua bentuk keganasan yang berlaku dan mungkin berlaku walau dari mana punca sekalipun. Oleh itu tidak ada sesiapa yang patut keliru, takut dan bimbang mengenai kedudukan mereka dalam negara Malaysia ini. Kerajaan yang ada sekarang sentiasa memastikan tanggungjawabnya kepada rakyat dipenuhi dan dilaksanakan dengan saksama berpandukan kehendak-kehendak Perlembagaan Negara.

13. Meyakini dan berpegang dengan jaminan ini sangat penting bagi warga negara Malaysia seluruhnya. Oleh itu corak kepimpinan Islam yang ada di Malaysia hari ini mesti diteruskan dan dipertahankan jika inginkan kehidupan yang aman dan makmur bertambah dan berterusan serta mendapat keredhaan Allah ‘Azza wa jalla.

14. Sebaliknya menyerah dan membiarkan Malaysia dipimpin oleh kepimpinan golongan yang menolak hakikat Malaysia Negara Islam akan membawa Malaysia ke jurang kemusnahan dan kehancuran sepertimana yang di alami oleh banyak negara di dunia hari ini. Sikap ini dilarang oleh Islam.


Faedah Penerimaan:

15. Menerima Malaysia Negara Islam memberikan faedah yang banyak terutamanya dapat menyatukan kembali umat Islam di Malaysia dalam ikatan ukhuwah Islamiah yang tulin, yang tentunya akan menambahkan lagi kekuatan dan perpaduan.

16. Selain dari itu ianya dapat mengelakkan pembaziran tenaga, masa dan wang ringgit dari digunakan untuk perkara-perkara yang sebenarnya tidak penting dan remeh.

17. Di samping itu, dapat membentuk masyarakat yang berdisiplin, yang cintakan keamanan serta memusuhi perseteruan dan keganasan.

18. Kemuncaknya, melahirkan sebuah negara Malaysia yang aman dan makmur serta mendapat keredhaan Allah.

Kewajipan kita:

19. Kita sebagai umat Islam secara khusus, dan rakyat Malaysia secara umum hendaklah menerima penjelasan ini dengan penuh keyakinan dan kepercayaan. Menerima dengan erti mentaati keputusan yang baik yang dibuat oleh kerajaan adalah wajib hukumnya ke atas kita sekalipun mungkin kita tidak suka dengan keputusan itu.

20. Dalam ajaran Islam walaupun sesuatu isu itu merupakan isu ijtihadiyyah yang pada asalnya umat Islam boleh berbeza pendapat, tetapi apabila ianya telah ditentukan oleh pemerentah “ulil amri”, maka pada ketika itu seluruh umat Islam wajib mematuhi keputusan itu dan tidak boleh mempertikaikannya lagi. Mengingkari keputusan “ulil amri” adalah suatu maksiat dan pendurhakaan.

21. Adalah suatu kebijaksanaan sekiranya kita dapat menggunakan kewarasan fikiran kita lalu kita berpegang dengan hakikat Malaysia Negara Islam seperti yang dinyatakan oleh kerajaan, kerana dengan berbuat demikian kita secara langsung telah menyumbangkan saham yang besar dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan negara kita, yang dengan sendirinya akan membawa kesan positif kepada kemulian Islam dan keagungan umatnya.

22. Kita sama-samalah menjauhkan diri dari kekeliruan yang dibawa oleh idividu atau puak-puak tertentu, kerana ajaran Islam yang dipegang oleh kerajaan itu sangat jelas, lurus dan berasas. Ingatlah akan betapa buruknya akibat yang akan menimpa sekiranya keengganan untuk menerima Malaysia Negara Islam sebagaimana yang telah dinyatakan. Jangan sengaja menempah huru-hara dan sengsara, kerana bila ia datang menangis dengan airmata darah sekalipun tidak berguna lagi.
posted by Jentayu Titara @ 11:47 PM   0 comments
MELAYU BANGSA MAJU


Apakah yang harus kita lakukan untuk menjadikan bangsa kita sebuah bangsa yang maju? Adakah kita harus menggulingkan pihak lawan dengan cara yang keras ataupun kita menggunakan aqal kita untuk memikirkan strategi yang harus diambil.

Bukan senang untuk menjadi sebuah bangsa yang maju. Apa yang harus kita lakukan adalah dengan terus memandang ke hadapan dan tidak lagi menoleh ke belakang. Kita harus berpandangan positif dan juga punya daya saing.

Melayu merupakan sebuah bangsa majoriti di Malaysia. Namun kenapa masih ada yang beranggapan kita cuma melukut di tepi gantang? Adakah ada di antara kita sudah berpatah arang?

Perdana Menteri yang kita sanjungi ada menyebut bahawa agenda memajukan bangsa Melayu sampai hari ini belum selesai lagi. Adalah menjadi tugas kita yang besar serta yang penting kita laksanakan iaitu memajukan bangsa Melayu.

UMNO merupakan sebuah parti yang terbesar, tergagah dan perkasa memang merupakan sebuah parti untuk memajukan bangsa dan negara. Sejarah UMNO adalah sejarah sebuah parti yang benar-benar cemerlang.

Tun Mahathir menentukan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Wawasan ini adalah visi untuk menjadikan negara kita sebuah negara yang maju dan berdaya saing.

Mengikut kiraan, kita masih ada kurang dari 13 tahun untuk percepatkan langkah dalam menjayakan matlamat dan visi negara dalam mencapai kejayaan menjadi bangsa maju, rakyat maju seterusnya sebuah negara maju.

Jika di awal zaman pemerintahan, tidak ada orang Melayu kita yang terlibat dalam bidang Sains dan Teknologi. Tetapi kini dan juga daripada hasil perjuangan UMNO bersama-sama bangsa Melayu kita, bukan sahaja terdapat orang Melayu yang terlibat dalam bidang sebegini. Malah lebih membanggakan terdapat juga orang Melayu yang turut berjaya dalam bidang industri moden.

Sebagai bukti, para penyelidik dan saintis negara yang turut terdiri daripada bangsa Melayu telah berjaya mempelbagaikan hasil yang diperolehi daripada pokok kelapa sawit seperti bahan bakar kenderaan Biofuel.Penghasilan Biofuel itu akan membantu negara menghadapi keadaan lonjakan harga minyak petrol ketika ini dan sekaligus menambah kekayaan negara.

Namun, kita tidak boleh leka dengan menganggap kita sudah berjaya. Kita harus menjadikan ia satu cabaran dan tanggungjawab yang harus bangsa kita pikul bersama untuk kita teruskan perjalanan yang mendatang.

Perjuangan UMNO adalah untuk memperkasakan bangsa Melayu. UMNO sendiri merupakan sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

Jika dilihat pada asas dan tujuan UMNO sendiri, ia adalah untuk mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

Selagi kiamat tidak menjelang tiba, selagi UMNO bertapak di Malaysia, selagi itu Melayu takkan hilang di dunia. Perjuangan masih masih belum selesai. Bersama-samalah kita berganding bahu, terus menyokong kepimpinan terunggul demi sama-sama mencapai ‘MELAYU BANGSA MAJU’!
posted by Jentayu Titara @ 10:58 PM   0 comments
Monday, October 29, 2007
LUAHAN RASA PADA ANWAR IBRAHIM
Anwar Ibrahim sudah mula dibenci ramai.

Mungkin masih ada sebilangan rakyat negara ini tidak sedar ataupun sengaja menutup sebelah mata hingga sanggup memuja dan menyanjungi musang berjanggut (memang berjanggut pun) yang bernama Anwar Ibrahim itu.

Namun jika dirisik-risik dengan lebih mendalam, sebenarnya amat ramai mereka yang berada di luar sana meluat dengan gelagat dan sikap tidak sedar diri Anwar itu. Rasa ingin tersengeh pula apabila mengenangkan kata-kata Anwar yang selalu mengangkat dirinya sendiri dengan mengatakan beliau mempunyai teramat ramai pengikut setia.

Barangkali sudah tiba masanya Anwar berhenti mencanang diri sendiri. Sudah masanya Anwar ‘cool down’kan rasa meluat orang ramai terhadap beliau. Manakan tidakknya, jikalau orang yang tidak memihak pada UMNO pun menyatakan rasa kurang senang mereka terhadap Anwar, maka jelasnya Anwar sudah tiada kredibiliti.

Anwar memang sudah tidak layak untuk bersuara dalam hal ehwal politik tanah air kita. Akibat dan kesan daripada tidakan separuh sedar yang dilakukan oleh beliau, keadaan negara menjadi kacau-bilau.

Seringkali kontroversi dan spekulasi palsu direka oleh beliau. Semuanya semata-mata inginkan masyarakat menjulang dan menyanjungi beliau.

Tanpa sedar, pengikutnya yang selama ini menjadi penyokong setia sebenarnya dikuli-batakkan oleh beliau demi kepentingan dirinya sahaja. Yang sebenarnya, hanya mereka yang kurang pintar sahaja boleh dijari-jarikan oleh Anwar.

Apa lagi yang ingin dipertahankan wahai Anwar? Penyokong UMNO memang sah-sah tidak akan menyokong kamu. Sekarang mereka yang berada atas pagar pun sudah mula meluat.

Hentikanlah segala tindakan tidak wajar yang selama ini telah menjadi darah daging kamu. Rakyat negara ini sedar apa yang baik dan buruk. Kelak, jika kebencian makin meluap, ia akan memudaratkan pula diri sendiri.

Sedarlah wahai Anwar Ibrahim… Hentikanlah segala sandiwara buruk lakumu itu…
posted by Jentayu Titara @ 12:05 AM   1 comments
.: ABOUT ME :.

Name: Jentayu Titara
Home: Kuala Lumpur, Malaysia
About Me:
See my complete profile
.: MELODI TITARA :.

Get your own playlist at snapdrive.net!
Previous Post
Archives
Links
Template by

Free Blogger Templates

BLOGGER